MINYAK TRADISIONAL MALAYSIA (MTM)
Remaja atau remaja belasan tahun seringkali mengalami rasa tidak selesa atau sakit ketika datang haid. Ia bermula antara 6 bulan hingga 2 tahun dari kedatangan haid yang pertama. Keadaan ini juga dikenali sebagai dismenorhea atau kekejangan haid.
Apakah Penyebabnya?
· Biasanya ia berlaku ketika pengovulan (telur dikeluarkan dari ovari)
· Apabila seseorang wanita itu memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid.
Gejala-Gejala Biasa
· Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit belakang.
· Kelesuan
· Loya dan muntah
· Sakit kepala
· Keletihan dan pening
· Dalam beberapa kes kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam.
Jenis-jenis Sakit Haid (dismenorhea)
Primer:
· Berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid.Ianya akan berkurang apabila umur mereka meningkat atau selepas melahirkan anak.
Sekunder:
· Disebabkan oleh masalah-masalah sistem pembiakan seperti jangkitan kuman, endometriosis (kehadiran bahan berselaput dalam rongga pelvis).
Rawatan
- - Dapatkan MINYAK TRADISIONAL MALAYSIA /MELAYU
- - Urut di bahagian perut sehingga ke bahagian pinggul
- · Pengawalan pemakanan.
- · Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih banyak air untuk mencegah sembelit
- Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
- · Teknik-teknik relaksasi
- · Banyakkan berehat