Jumaat, 16 Ogos 2013

Sakit Saraf

TESTIMONI MINYAK TRADISIONAL MALAYSIA

PERSAKIT SARAF




MOHD JEFRI B. ZAINOL
F522A Kg Berapit,Tikam Batu,08600 Sungai Petani,Kedah.


Saya telah mengalami satu kemalangan ngeri, ketentuan illahi telah tersurat,apalah daya saya sebagai insan biasa. Saya mengalami kepatahan di bahagian paha sebelah kiri dan juga dua kali patahan di bahagian betis. Di bahagian perut dan kepala saya,saya telah mengalami luka yang amat serius. Saya telah mendapat rawatan di wad icu di Hospital Sultan Abdul Halim selama 11 hari. Kalau cuaca sejuk atau hujan, saya mengalami kesakitan yang amat sangat di bahagian badan dan kaki. Sekarang, tidak lagi. Kaki saya sudah boleh digerakkan dan pembedahan di perut saya tidak lagi terasa cekang. SETELAH SAYA MENGAMBIL MINYAK TRADISIONAL MELAYU SEBAGAI URUTAN, MINYAK TRADISIONAL MELAYU TELAH MEMBANTU MEMULIHKAN LUKA, BENGKAK,LEBAM DAN MEMULIH KAN URAT SARAF SAYA. Kalau sesiapa yang mengalami masalah seperti saya ini, pilihlah MINYAK TRADISIONAL MELAYU sebagai pilihan.INSYALLAH,mujarab.

Sakit Buasir


ATASI BUASIR DENGAN CARA MENGGUNAKAN
MINYAK TRADISIONAL MALAYSIA


Buasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir dalaman yang merujuk kepada bengkak buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur. Jenis kedua ialah buasir luaran di mana bengkak terjulur keluar dari bahagian dubur. Kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku secara berasingan atau serentak.

Dianggarkan sebanyak 50 peratus daripada penduduk di negara-negara Barat akan mendapat buasir selepas mencapai umur 50 tahun. Buasir juga sering terjadi di kalangan ibu-ibu mengandung disebabkan oleh janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir.


Ciri-ciri penyakit buasir 

Selain daripada bengkak yang amat ketara ketika mengalami buasir, tanda-tanda lain termasuklah rasa gatal pada lubang dubur, rasa kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar, rasa sakit yang berdenyut-denyut, sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
Rawatan Dengan Minyak Tradisional Malaysia.

Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit boleh dapatkan Minyak Tradisional Malaysia. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:

  1. Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
  2. Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.
  3. Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
  4. Ketumbuhan pada kawasan dubur.

Cara Menggunakan Minyak Tradisional Malaysia.
- urut bahagian lurah punggung sehingga kebahagian bausir dan urut dibahagian perut untuk maklumat lanjut  mengenai cara menggunakan minyak MTM, anda boleh menghubungi pihak kami








Buasir



MINYAK TRADISIONAL MALAYSIA (M.T.M)
TESTIMONI : 
PERSAKIT BAUSIR.


RUSHIDI B. BAKAR
NO,9436 Permatang Tinggi,13200 Kepala Batas,Pulau Pinang.


Saya berumur 43tahun. Saya menghidap penyakit buasir selama 20tahun. Pada mulanya saya menganggap penyakit ini biasa sahaja. Tetapi lama-kelamaan penyakit ini semakin serius. Sudah banyak tempat yang telah saya kunjungi untuk mengubati penyakit saya. Tetapi saya belum menjumpai penawar untuk kesakitan ini. Sudah banyak cara dan ikhtiar yang telah saya guna tetapi penyakit ini belum dapat dipulihkan. Alhamdullillah, setelah saya menjumpai MINYAK TRADISIONAL MALAYSIA penyakit saya semakin berkurangan dalam masa empat bulan dan sembuh seperti biasa.



More Info: Berkaitan dengan Bausir.
  

Sakit Stroke


TESTIMONI MINYAK TRADISIONAL MALAYSIA

PERSAKIT STROKE.




BASRI B. MANSOR
Kg Alor Bemban,TikamBatu,08600Sungai Petani,Kedah.

Saya seorang suami yang mempunyai anak dan isteri. Kesedihan ini telah menyelubungi hidup kami sekeluarga. Ini kerana, saya merupakan salah seorang pesakit stroke. Tanggal 26 ogos 2007, tidak dapat saya lupakan kerana saya telah mengalami stroke dalam tempoh masa setahun. Saya mendapat tahu tentang MINYAK TRADISIONAL MALAYSIA ini melalui kawan ayah saya,semasa hari raya puasa 2008. lebih kurang tiga minggu keatas saya telah menggunakan MINYAK TRADISIONAL MALAYSIA,alhamdullilah saya sudah dapat mengerakkan anggota badan saya yang dahulunya mengalami stroke. Saya juga sudah dapat menyambung kembali pekerjaan saya yang hampir setahun saya tinggalkan. Saya merupakan pekerja kilang ARMSTRONG AUTO PARTS SDN. BHD.(HONDA). Saya amat berterima kasih kepada kawan ayah saya yang telah mengesyorkan MINYAK TRADISIONAL MALAYSIA kepada saya.Saya hendak memberitahu kepada tuan/puan yang mempunyai penyakit seperti saya, cubalah dapatkan minyak ini dan gunakanlah dengan yakin. INSYALLAH,mudah-mudahan diizinkan Allah





BAHARIN B. BAKAR
F532 Kg Berapit,Tikam Batu,08600 Sungai Petani,Kedah.

Tak disangka,keadaan saya yang sihat dan tidak mengalami apa-apa sakit. Tiba-tiba saya mengalami sakit yang amat serius iaitu (stroke). Saya mendapat penyakit ini pada 11 april 2007,selama tiga bulan. Saya mengalami stoke sebelah badan. Oleh itu, sebelah anggota badan saya tidak dapat digerakkan. Alhamdullilah, selepas saya menggunakan MINYAK TRADISIONAL MALAYSIA selama dua hingga tiga minggu, keadaan saya beransur pulih. Saya merasa hairan,tetapi yakin apabila menggunakan MINYAK TRADISIONAL MALAYSIA yang dapat memulihkan dan membantu mengecutkan urat saraf saya yang bengkak-bengkak. Dan juga, dapat mengecutkan urat saraf dengan cepat. Saya menggunakan MINYAK TRADISIONAL MALAYSIA dengan membelai minyak tersebut pada keseluruhan badan pada sebelah pagi dan petang,pada setiap hari.Sesiapa yang mengalami sakit seperti saya,saya mengesyorkan MINYAK TRADISIONAL MALAYSIA untuk membantu tuan/puan dalam mengatasi masalah penderitaan hidup. Mudah-mudahan,MINYAK TRADISIONAL MALAYSIA dapat memulihkan penyakit seperti saya.INSYALLAH.