Jumaat, 18 Mei 2012

Sakit Lutut

Pengenalan
Bila umur seseorang meningkat seusia 45 tahun ke atas ramai di kalangan mereka akan ke klinik swasta mengadu masalah sakit lutut. Sakitnya tiada kaitan dengan kecederaan semasa. Ia terjadi dengan sendiri. Ada yang bengkak, tidak boleh berjalan, tidak boleh memanjat tangga, tidak boleh bengkok sewaktu solat atau tidak boleh bangun dari kerusi.


Jenis sakit lutut 



* Artritis degeneratif

Pergerakan lutut yang kerap akan menyebabkan kerosakan progresif pada tulang, tendon dan rawan lutut . Kemerosotan sendi boleh mengakibatkan permukaan tulang yang terletak bersebelahan bergesel lalu menyebabkan sakit yang amat sangat.

Rawatan tanpa pembedahan yang paling berkesan untuk memulihkan penyakit osteoartritis ialah manipulasi kiropraktik di bahagian lutut , pinggul dan tulang belakang, senaman menguatkan tulang dan otot dan mengambil makanan tambahan yang dikenal sebagai glukosamina sulfat.



* Ligamen terseliuh

Ligamen yang koyak sedikit dan koyak sederhana dapat dirawat dengan berkesan melalui kaedah konservatif (gabungan rawatan kiropraktik dan fisioterapi).

Dalam kes ligamen yang koyak teruk, pembedahan kadangkala perlu dilakukan di samping rawatan kiropraktik dan fisioterapi.



* Bursitis dan tendenitis

Penggunaan lutut secara berlebihan melalui senaman memusing, menendang atau membengkokkan kaki boleh menyebabkan bursa (kantung berisi cecair yang berfungsi sebagai kusyen) dan tendon lutut mengalami radang dan menyebabkan berlakunya bursitis dan tendinitis.

Rehat, senaman menguatkan otot dan tulang serta rawatan kiropraktik dapat memulihkan keradangan pada bursa dan tendon lutut dengan cepat.



* Meniskus koyak

Pergerakan memusing dan pemampatan lutut yang berulang-ulang dan tiba- tiba boleh menyebabkan meniskus koyak. Melompat atau menaiki tangga akan menyebabkan lutut anda sakit sekiranya anda menghadapi masalah meniskus koyak. Bahagian meniskus tidak mempunyai saluran darah yang cukup dan oleh yang demikian, bahagian ini lambat pulih. Pembedahan biasanya perlu dilakukan untuk memulihkan meniskus yang rosak. sumber 



CARA MENGGUNAKAN MINYAK MTM
UNTUK MENGHILANGKAN RASA SAKIT LUTUT

# Urut pada kedua-dua belah pangkal paha.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan